23 Disember 2018
Ahad

Auditorium
Perpustakaan Negara Malaysia

"Anak saya ni suka sangat melukis. Di biliknya penuh dengan lukisan dan komik yang dia lukis secara sorok-sorok. Dari kecil memang dia suka betul baca komik. Saya pun selalu terfikir macam mana saya boleh bantu anak saya. Bagaimana Tuan?"

Ramai ibu bapa yang datang kepada kami bertanya soalan seumpama ini. Seronok kami dengar suara-suara ibu bapa yang prihatin. Antara soalan lain yang biasanya dilontarkan seperti :

1. Ada masa depankah dengan melukis?

2. Di mana saya boleh terbitkan komik dan lukisan anak saya?

3. Bolehkah hidup dengan melukis? Berapa gajinya?

4. Anak saya tak ramai kawan sebab dia seorang sahaja pandai melukis. Bagaimana saya nak buat?

5. Kenapa anak saya tak suka tunjukkan lukisannya pada saya?

Dan banyak lagi.

Apakah anda juga pernah terdetik atau bertanya soalan yang sama?

Sekiranya ya, kami mahu beritahu anda satu perkara.

"Ya, ada masa depan dengan melukis."

Asalkan ada azam dan usaha yang betul, insyaAllah, anak kita boleh berjaya dengan melukis.

"Bagaimana caranya?"

Di sini, lihat poster di bawah.

"Belajar melukis dari mentor yang betul, iaitu pemain industri sendiri. Baru kita tahu halatuju bakat kita ke mana."

Mungkin ada antara anda yang pernah hantar anak menyertai beberapa bengkel komik dan lukisan sebelum ini.

Kebiasaannya apa yang trainer ajar, mesti cara melukis muka, cara melukis anggota badan dan cara melukis latar belakang.

Ya, kami tahu. Sebab selalunya kami juga ajarkan benda yang sama.

Dalam program ini, kami ingin bawa sedikit kelainan.

Ianya bukan sekadar bengkel melukis.

Tetapi kami bawakan acara teknikal, perkongsian pengalaman, tips dan shortcut, peluang-peluang penerbitan serta networking, SERENTAK!

Apa yang anak saya akan dapat dari bengkel ini?

Modul Hasilkan Komik + Bina Followers Sendiri

Kawan Baru & Peluang Kerjaya

Bengkel dikendalikan oleh pengkarya professional

Sijil Penyertaan

Mengisi masa cuti sekolah

Perhimpunan 300 orang pelukis komik muda dan remaja

Sebelum ini bengkel-bengkel yang kami anjurkan hanya terhad sehingga 50 orang.

Ini kali pertama kami akan anjurkan perhimpunan 300 orang pelukis komik muda di bawah satu bumbung.

Mendapat kawan baru, itu sudah mesti.

Dapat perkongsian dan amanat dari kami, itu satu perkara yang akan jadi!

Apa yang anak saya akan dapat dari bengkel ini?

Modul yang kami susun ini menekankan pada aspek teknikal dan hands-on skills learning.

Mengapa tajuk bengkel ini adalah Melukis Komik Strip?

Ini kerana komik strip adalah kaedah menghasilkan komik paling cepat dan mudah.

Dengan kaedah begini, ianya memudahkan pelukis-pelukis untuk menyampaikan mesejnya segera, meningkatkan jumlah followers dan mencerahkan peluang untuk terbit.

Mencipta tema, mesej dan pembaca sasaran

Adakah anda risaukan anak-anak anda mungkin terjebak menghasilkan komik-komik berunsur negatif?

Jangan risau.

Dalam bengkel ini, kami akan 'brainwash' dan menekankan peri pentingnya menghasilkan komik bermesej positif, tema yang bagus dan tepat mengenai sasaran pembaca.

Mencipta karakter anda sendiri

Mencipta komik yang bagus memerlukan karakter yang mudah dikembangkan dan evergreen.

Kami akan berkongsi bagaimana mencipta karakter yang menarik dan dan rekaan yang 'awesome', seterusnya mencipta peluang untuk penerbitan.

Menulis cerita berimpak

Menulis jalan cerita bukan sekadar hanya tulis. Ianya didatangi dengan struktur dan kesesuaian pada medium penerbitan.

Dalam bengkel ini kami akan ajarkan bagaimana menulis cerita walaupun pendek, tetapi impaknya membawa igauan pada mereka yang membaca

Menukarkan cerita menjadi komik

Menghasilkan komik yang bagus memerlukan keupayaan pelukis menterjemahkan skrip kepada komik. Ini kemahiran yang memerlukan teknikal dan imaginasi yang bagus.

Selain itu, ilmu mengvisual juga memerlukan pemahaman pada simbolik, bahasa badan, ekspresi dan sebagainya.

Checklist bertemu penerbit

Adakah dengan pandai melukis komik sudah melayakkan kita untuk menerbitkan komik?

Tidak semudah itu. Ada banyak kriteria yang diperlukan apabila kita berhasrat supaya penerbit terbitkan komik kita. Dalam bengkel ini, kami akan kongsikan checklist untuk pengkarya bersedia sebelum berhadapan dengan penerbit.

Yuran Pendaftaran

Biasanya untuk program berskala besar begini ditambah lagi penceramah dalam kalangan pemain industri sebegini, harga standardnya adalah RM 200 seorang.

Tapi kami faham, anda mungkin ada 2-3 orang anak yang anda mahu sokong minat mereka. Atau anda mahu cuti sekolah mereka dipenuhi dengan program bermanfaat. Jadi kami tidak meletakkan harga sebegitu.

Sebahagian dari yuran ini kami akan gunakan untuk menampung kos modul dan sewaan. Selebihnya kami akan gunakan sebagai modal untuk menganjurkan lebih banyak inisiatif-inisiatif untuk membantu golongan kreatif ini.

Pelaburan ini adalah pelaburan pendidikan untuk masa hadapan anak-anak kita. Jadi, tidak salah sekiranya kita mahu spend lebih, kan? 🙂

Yuran Pendaftaran

RM110

Tiket Bengkel
(1 pax)

[EKSKLUSIF + EXTRA]

Mockup

Ini sangat eksklusif. Kami tak beri sebarangan.

Kedua-dua ebook ini adalah dihasilkan oleh kedua-dua tenaga pengajar kami, Tuan Irfan Foner dan Tuan Nazry Salam.

Mereka berdua sangat merisaukan halatuju pelukis-pelukis muda. Jadi mereka tulis ebook ini untuk dijadikan hadiah.

Sekiranya di luar, kedua-dua ebook ini dengan 60 halaman ini harganya boleh mencapai RM 100.

Tetapi untuk program ini, mereka akan berikan secara PERCUMA sahaja.

Siapa yang akan mengajar?

Mari kami memperkenalkan tenaga pengajar yang akan berkongsi dalam bengkel ini!

Nazry Salam

Pengasas bersama jenama komik MISI. Penulis sepenuh masa. Berpengalaman 10 tahun dalam bidang komik dan sudah menerbitkan lebih 20 judul komik. Mengetuai tim Misi yang dianggotai pelbagai anak muda berbakat kreatif untuk menghasilkan siri-siri komik Misi, sebuah jenama komik pendidikan. Seorang usahawan komik yang fokus mengembangkan IP komik kepada pelbagai IP yang lain.

Irfan Foner

Irfan Foner adalah konsultan komik dan concept visualizer. Beliau mempunyai visi untuk membantu pelukis-pelukis muda untuk mampu sara hidup dengan bakat. Beliau menubuhkan pelbagai usaha untuk memberikan platform dan membantu secara personal untuk mendedahkan pada anak muda berkenaan kerjaya dalam bidang komik dan kreatif secara profesional. Beliau pernah menerbitkan dua buah komik bersama Komik-M PTS dan beberapa komik terbit sendiri dan untuk majalah online. Beliau kini bekerja bersama Startlah Innovation, sebuah syarikat inovasi dalam bidang latihan dan konsultasi bisnes sebagai Concept Visualizer.

Apa kata mereka?

BONUS!

Ini berita baik untuk anda!

Pihak PNM bersetuju menerima cadangan kami untuk mengadakan pameran khas karya-karya peserta yang terpilih yang berdaftar.

Kawasan ruang legar di PNM akan digunakan bagi mempamerkan 1 lukisan komik terbaik yang anda pernah hasilkan bersama lukisan terbaik peserta-peserta yang lain.

Pameran ini akan berlangsung sepanjang program sehingga awal tahun 2019!

Apa tunggu lagi? Daftar sekarang!

LAGI BONUS!

Sebuah peraduan akan dianjurkan ketika program Bengkel Mega Komik Strip yang terbuka kepada semua peserta berdaftar untuk menghantar karya komik strip masing-masing bertemakan perpustakaan dan kempen membaca.

Projek ini adalah hasil usahasama Careertive dan PNM untuk menggalakkan lagi masyarakat berkunjung ke perpustakaan.


Karya yang terpilih akan dikumpulkan dan diterbitkan di bawah jenama Careertive. Naskhah komik ini juga akan disumbangkan kepada koleksi simpanan buku kebangsaan dan diedarkan ke semua cawangan perpustakaan di bawah PNM!

Ini khusus untuk peserta yang berdaftar sahaja!

FAQ Bengkel

Bengkel ini akan dianjurkan pada 23 Disember 2018 (Ahad) di Perpustakaan Negara Malaysia. Namun sekiranya ada perubahan lokasi, kami akan maklumkan pada anda 2 minggu sebelum program.

Bengkel ini dikhususkan kepada mereka yang mempunyai minat dalam lukisan dan komik, berusia sekitar 10 hingga 18 tahun. Tetapi sekiranya anda melebihi usia ini tetapi mahu sertai juga, kami alu-alukan.

Kami tidak berjanji. Sekiranya boleh, kami mahu anjurkan program ini di hotel beserta makanan taraf 5 bintang. Tetapi sudah pasti yurannya akan melonjak naik dan itu yang kami mahu elakkan. Sedangkan yang paling penting dalam program ini adalah ilmu-ilmu di dalamnya.

Harga tiket normal adalah RM 110 seorang. Sekiranya anda ingin mendaftar seramai 10 orang ke atas, boleh hubungi urusetia di nombor 011-32753720.

InsyaAllah. Untuk berjaya, sudah pasti yang diperlukan adalah kesungguhan dan semangat yang tidak putus asa. Program ini sekadar menjadi asbab untuk berkongsi ilmu dan memberikan motivasi baru kepada pengkarya muda. Selebihnya adalah usaha keras masing-masing.

Anjuran

Dengan kerjasama