Bengkel ini akan dianjurkan pada 23 Disember 2018 (Ahad) di Perpustakaan Negara Malaysia. Namun sekiranya ada perubahan lokasi, kami akan maklumkan pada anda 2 minggu sebelum program.
Bengkel ini dikhususkan kepada mereka yang mempunyai minat dalam lukisan dan komik, berusia sekitar 10 hingga 18 tahun. Tetapi sekiranya anda melebihi usia ini tetapi mahu sertai juga, kami alu-alukan.
Kami tidak berjanji. Sekiranya boleh, kami mahu anjurkan program ini di hotel beserta makanan taraf 5 bintang. Tetapi sudah pasti yurannya akan melonjak naik dan itu yang kami mahu elakkan. Sedangkan yang paling penting dalam program ini adalah ilmu-ilmu di dalamnya.
Harga tiket normal adalah RM 110 seorang. Untuk tiket Early Bird sebelum 30 November ini adalah RM 80. Sekiranya anda ingin mendaftar seramai 10 orang ke atas, boleh hubungi urusetia di nombor 011-32753720.
InsyaAllah. Untuk berjaya, sudah pasti yang diperlukan adalah kesungguhan dan semangat yang tidak putus asa. Program ini sekadar menjadi asbab untuk berkongsi ilmu dan memberikan motivasi baru kepada pengkarya muda. Selebihnya adalah usaha keras masing-masing.